Pengurusan Aduan Integriti - Sistem Pemberi Maklumat  
Bahasa Malaysia
English
Loading.....
Disclaimer
Bank Simpanan Nasional (“BSN” atau “Bank”) komited untuk melaksanakan pengurusan aduan pemberi maklumat selaras dengan keperluan yang diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Di bawah seksyen 7(1) Akta 711, Apabila pendedahan kelakuan tidak wajar dilaporkan, pemberi maklumat akan diberi perlindungan seperti yang berikut
Perlindungan maklumat sulit;
Kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah; dan
Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan
Butiran peribadi diperlukan untuk untuk memudahkan proses penyiasatan bagi memastikan perlindungan pemberi maklumat diberikan dengan sewajarnya.
Sila ambil perhatian bahawa keupayaan Bank untuk menyiasat kelakuan tidak wajar yang didakwa adalah terhad kepada tahap kandungan laporan yang diterima.
Perlindungan terhadap pemberi maklumat akan terbatal atau dikecualikan sekiranya:
pendedahan kepada kelakuan yang tidak wajar adalah :
remeh atau menyusahkan;
Maklumat yang diberikan adalah palsu atau tidak benar
dibuat semata-mata atau terutamanya untuk mengelakkan pemecatan atau tindakan tatatertib
pemberi maklumat telah mengambil bahagian dalam kelakuan tidak wajar yang didedahkan; dan/atau
Pemberi maklumat melakukan kesalahan di bawah Akta 711.
Pemberi maklumat bertanggungjawab untuk mengemukan maklumat berkaitan dan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan aduan. Identiy Pembekal/Vendor Bank dan orang awam yang menjadi pemberi maklumat akan dilindungi oleh Bank, tertakluk kepada syarat yang dinyatakan dalam Polisi Pemberi Maklumat.
© Bank Simpanan Nasional 2022. All Rights Reserved.